Mengapa Perlu Berkahwin?

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..

*****

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan. .


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami) .

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang. (Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan) .

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata : "RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri. (Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).


Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.

Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti : "Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.

Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.

Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". (An Nur : 32)

sumber :[link]

Sirah Muzikal 2010 : Merentas Kegemilangan Ummah



InsyaAllah satu program kesenian dari Persatuan Belia Islam Nasional yang akan menemui anda semua akan berlangsung tak lama lagi..
1 program yang menyediakan pementasan teater sejarah jatuh bangunnya tamadun islam diperhebatkan dengan persembahan bertenaga artis nasyid tanahair..
mempersembahkan..

SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah

untuk pendaftaran tiket online :



program yang membentangkan sebuah sejarah yang hebat....

dari permulaan kedatangan Islam di Mekah..perkembangan di Madinah..merentas arus..terus...

kepada kejayaan dan kegemilangan Islam pada zaman kebangkitan kerajaan Islam Umayyah & Abbasiyyah..

sehinggalah kejatuhan satu persatu wilayah dan kerajaan Islam..dan detik2 terakhir kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924..

dan apa terjadi di akhirnya sehingga sekarang?

apa tindakan kita untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam kita semua yang gemilang?adakah kita lupa kita ada tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan kegemilangan tersebut?

apa tindakan yang perlu kita lakukan?apa yang telah kita usahakan?atau jadilah kita seperti singa yang kehilangan taringnya....

temui semuanya di SiRAH Muzikal 2010,Dewan Auditorium D8,Blok D8,Kompleks D,Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1,Putrajaya [bersebelahan JAKIM & Kementerian Luar Bandar]..



Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :

Syauqi :013-3078097
Hamdan : 013-6286991
Rosezalina : 013-6784972


Lembah nurani

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

.. milik Tuhan tiada bertepi

Kembara Ilmu
Shuhaimi el-Fardie

A Year of Suprises



Tahun ini merupakan tahun yang teristimewa berbeda dengan tahun-tahun sebelumnya.

Kebiasaannya, di waktu kampus dahulu hari ulangtahun kelahiran amatlah ditakuti dan senantiasa dalam keadaan berhati-hati. Risau dengan kejutan-kejutan yang tidak diingini. Pernah sekali tu seminggu saya berus baju tu baru hilang tepung dan telurnya.

Bila meningkat dewasa, kejutan anak-anak seperti itu sudah tiada manisnya. Mungkin jika terkenang, tersengih mengingatkannya.

Sebenarnya, saya agak berdebar tika menanti waktu melangkah ke alam utk tahun ke-25 ini.
Cukup mengujakan. Menyambut jam 12 malam bersama ikhwah seliqa' yang dikasihi bersama sang Murabbi yang tidak jemu mentaujih hari demi hari, waktu demi waktu. Terima kasih di atas kasih sayang ini. Awe yang bakal dinikah pada Sabtu depan menjadikan nisbah bujang dgn yang sudah melangkah ke marotib kedua tidak stabil perkiraanya.
Ya, malam ini mungkin yang terakhir.

Sedar tak sedar, genap hari ini saya sudah bekerja hampir 2 tahun. Masa cukup cekap mengatur langkah, dan kita masih terkial-kial mencari rentak.

Saya menjangkakan setahun mendatang (19 Mac 2010 hingga 19 Mac 2011) adalah tahun yang mencabar. Adik-adik kesayangan saya, Amirah Husna & Aina Nabihah akan menduduki peperiksaan utama (SPM & PMR). Teringat pula sewaktu kecil (tahun tiga) bangun di tengah malam sambil membuatkan susu untuk mendiamkan rengekan mereka di waktu malam mengingatkan ibu dan ayah yang penat bekerja mencari rezeki di siang hari.

Tidak kurang juga ramai sahabat-sahabat saya yang mengakhir zaman bujangnya, juga semakin ramai yang menimang cahaya mata, generasi pewaris dakwah, insyaAllah.

Tahun ini juga merupakan penentu samada saya layak menghabis professional paper saya atau tidak.

Tahun ini juga akan menentukan samada saya betul-betul tetap bekerja di Kuala Lumpur atau di Shah Alam.

Tiada harapan lain selain mengharapkan langkah tahun ini lebih kemas dan ampuh. Bijak mengatur strategi dan tajam merungkai permasalahan. Saban hari bukanlah hari-hari yang perlu dilalui dengan selesa dan empuk, tetapi memperkasa amal dan membumikan dakwah menjadi visi. Namun, ia bukanlah semudah yang disangka. Perlukan sokongan dan dokongan bersama. Dan hari juga tidaklah selalu cerah, kadangkala redup atau berdentum juga.

Semoga kita bisa mengerti erti kehidupan, membezakan antara Tujuan dan Keperluan.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (al-Furqon:74)



10 open source Windows apps worth checking out

The open source community has a lot to offer, and not just to Linux users. These 10 outstanding Windows tools can make your life easier (for free).


How many applications are out there in the wild that you’ve never heard of or tried? Even as a consultant, I come across them on a daily basis. With all those applications, it’s easy for some real gems get overlooked — including a lot of excellent open source tools.

I understand that most people associate open source with Linux. But there are quite a few solid applications for the Windows operating system, developed and maintained by the open source community. Oh sure, there’s OpenOffice and Firefox; but it doesn’t end there. I’m going to introduce you to 10 open source applications for Windows. You may never have heard of some of them or knew the port existed, but they’re definitely worth a look.

Note: This article is also available as a PDF download.

1: VLC

VLC is one of the most flexible multimedia players available. It supports a vast number of audio and video formats, including H.264, Ogg, DivX, MKV, TS, MPEG-2, mp3, MPEG-4, and aac, and it supports streaming and TV capture cards. VLC isn’t limited to viewing multimedia files, either. It can convert and transcode formats, too.

2: Gnumeric

Gnumeric is the spreadsheet portion of the GNOME Office suite (as well as a stand-alone tool). Gnumeric has been around for quite some time and is an outstanding entry in the spreadsheet world. Gnumeric currently has 520 spreadsheet functions (154 of which are unique) and is faster than any spreadsheet application you have ever tried. Gnumeric can read many spreadsheet formats, but if you’re looking for a clone of Excel, look elsewhere.

3: Abiword

Abiword is also a part of the GNOME office suite (as well as a stand-alone tool), and it can serve all your word processing needs. With Abiword, you can create and collaborate. It’s lightweight, fast, reliable, and (like all tools on this list) free! Abiword can read and write both Microsoft Office and OpenOffice document formats.

4: Audacity

Audacity is an incredible piece of software for recording and editing sounds. You can use it to record live audio, convert analog recordings to digital, cut/copy/splice, change speed and pitch, and import/export numerous formats. Audacity can also remove noise and add effects. If you’re looking for an open source recording studio, don’t overlook Audacity.

5: Inkscape

Inkscape is a powerful vector graphics editor similar to Illustrator, Corel Draw, and Xara X. It closely adheres to W3C standard SVG file format, so you can be sure that any SVG file created with (or edited by) Inkscape will work with any other standards-compliant tool. One nice aspect of Inkscape is the availability of numerous tutorials, which you will find on the Inkscape site and on other sites.

6: X-Chat 2

X-Chat 2 is one of the best IRC clients available. Although many users are foregoing IRC in favor of standard IM tools, IRC is still a valuable resource for consultants and IT admins. I still frequent Ubuntu Classroom chats to learn as much as I can from the developers of Ubuntu. There are plenty of excellent chat rooms out there; why not use the best chat app available?

7: FreeMind

FreeMind is “mind mapping” software that’s ideal for keeping more dimensional notes on projects, classes, thoughts, etc. The best thing about mind-mapping tools is they are not as limiting as standard “task” tools or to-do lists. Note: FreeMind is written in Java, so you will need Java installed.

8: TurboCASH

TurboCASH is a personal finance manager and entry-level accounting package for Windows. It has been around for a number of years, so it has a solid foundation as well as a large following. TurboCASH is used by more than 100,000 companies in more than 80 countries.

9: Amaya Web Browser

Amaya Web Browser is that alternative browser you’re looking for to stand as either a testing ground for WC3 compliance or if you just want to be different. But Amaya is not just a browser. It’s also a Web editor. Believe it or not, the Amaya browser has been around since 1996 and is directly hosted by the W3C.

10: ClamWin

ClamWin is an antivirus tool for Windows based on the venerable ClamAV for the Linux operating system. ClamWin offers all the standard features you’re used to in an antivirus tool, as well as Outlook and Explorer integration. The only difference between ClamWin and the competition (besides the price) is that it does not use a real-time scanner. Other than scheduled scans, you have to manually scan a file for a virus. Because of this, ClamWin is not for the lazy.

Additional apps?

The open source community has a lot to offer, and not just to Linux users. Windows users can also benefit from the ever-growing community of open source developers. Have you come across an open source tool for Windows that more people should know about? If so, share it with TechRepublic readers.


source : TechRepublic

Antara Eksklusif dan Inklusif ?



Pengalaman lepas mengajar kita bahawa membentuk golongan elit dakwah jauh dari medan amal umum tidak menjamin sepenuhnya hasil yang diharapkan. Di samping banyak juga kecacatan berlaku di mana ciri-ciri rijal marhalah ta’sis sukar dikembangkan untuk memenuhi tuntutan marhalah infitah. Keinginan untuk terus selesa di zon eksklusif terus menjadi belenggu golongan ta’sis.

Jesteru lebih baik pada pandangan saya pembinaan kaedah sulbah disempurnakan dalam suasana inklusif bukan eksklusif. Mereka bukan sahaja dilatih tubi agar memiliki keampuhan dalam menguasai ciri-ciri rabbaniah tetapi dalam masa yang sama diuji dengan karenah-karenah hidup sebenar dan memenuhi tuntutan kehendak-kehendak medan.

Kita bukan sahaja mahu orang yang hebat menangis takut kepada Allah di atas sejadah di mihrab-mihrab, tetapi tidak tahan dengan godaan dunia dan cabaran amal yang sukar, tatapi kita mahu mereka yang disebut sebagai rubannu lailin wa fursan nahar, ahli ibadat di malam hari dan tentera berkuda di siang hari.



Kali ini, saya sangat tertarik dengan tulisan Ustadz Lah yang bertajuk "ISMA – Antara Ta’sis dan Infitah" [sumber]. Pada hemah saya, petikan di atas sahaja sudah menggambarkan suasana sebenar dakwah di Malaysia yang masih bersifat tertutup. Kehadiran suasana selesa cukup melekakan hatta membuat seseorang da'ie bersifat statik.

Benarlah kata beliau, ummah memerlukan insan juga hamba Allah yang bukan sahaja abid di malam hari, malah tangkas 'berpencak' di siang hari. Sudah tentu, jangka proses tarbiyyahnya tidak sama seperti suasana eksklusif dahulu kerana hentakan latih tubi yang datang dari pelbagai arah. Oleh itu, hasil bukan yang kita perlu risaukan tetapi usaha yang perlu kita gandakan.

Saban hari media massa mencetak berita-berita yang menyayat hati dan membungkam jiwa. Dari kes rogol, buang anak, dan segala macam penyakit sosial yang tidak terhitung lagi. Hatta, cuti Tahun Baru Cina yang lepas saya sempat berbual dengan bekas rakan sekolah menengah di kenduri doa selamat beliau bahawa sistem pendidikan dan produknya (para pelajar) sudah hampir punah. Akhlak dan sikap pelajar gagal dibentuk dengan acuan yang sepatutnya. Guru yang kurang berkualiti dan ibu bapa yang gagal bekerjasama dalam mendidik anak-anak menjadikan bakal pemimpin negara kita semakin dikhuatiri hasilnya.

Tugas kita semakin hari semakin berat. Masyarakat mendahagakan belaian iman dan kasih Tuhan. Bagaimana kita mampu mengecap nikmat itu jika kita sendiri masih dengan diri sendiri (eksklusif)?

Ayuh para da'ie !


Dua puluh tahun dakwah tidak berkembang dan menampakkan wajahnya. - Ustaz Abdullah Zaik


Forever we thank You

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony


Melodi indah tanpa bersatu lirik yang jitu tidak membawa erti apa-apa. Melihat alam tanpa meneliti kebesaran penciptaan-Nya adalah satu kerugian yang cukup besar. Bagaikan 'buta' bermata.

Lihatlah diri kita dan sekitar dengan memahami isinya disamping mengagumi Sang Pencipta. Tugas kita di Bumi ini tidak cukup jika kita sekadar berusaha menghayati tanpa berusaha untuk mengerti apakah yang kita perlu terjemahkan melalui pengertian itu.

Putaran alam itu cukup lengkap dan sempurna. Aturan ini begitu indah untuk diperhati dengan hati dan iman.

Begitu juga langkah-langkah Sang Manusia yang bermula dari alam ruh, alam manusia sekecil bayi, zaman muda remaja, belia dewasa, alam barzakh dan seterusnya. Hidup merantau berfasa ini menjadikan kita sedar sebenarnya berliku cabaran yang perlu kita tempuhi.

Kerisauan ini perlu dijadikan azimat dan kekuatan dalam menempuhi liku-liku itu. Kita tidak mahu alpa. Kita tidak mahu dusta. Kita mahu berjaga-jaga.

Mabruk akh Seghah yang bakal meninggalkan kami di 'Gua al-Kahfi' ini. Kehadiran mu cukup membawa erti. Muga melangkahnya ke maratib yang seterusnya menjadi lebih ampuh.

Beit al-Hikmah, 21 Februari 2010


Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله


Open Your Eyes, M. Zain

Pernikahan

Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” (sambil tersengih-sengih) kata mereka.

Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali! Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung (sambil tersengih-sengih juga)


Disclaimer : Tiada kene mengena dgn empunya blog. Hanya untuk tatapan bacaan senggang

Borneo, here I come !!

Membuka lembaran Utusan online tengahari tadi memaparkan pendaki solo dan jurugambar Utusan Malaysia bersama pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jani Mainbar mendaki ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah utk kali ke-19 pd 19 Januari yang lalu.

Impian saya untuk mendaki Gunung Kinabalu hingga ke puncak membara semenjak 12 tahun dahulu di mana ibu & ayah saya berjaya menakluk puncak tersebut berdua.
Ditambah lagi, sijil kejayaan mereka itu dibingkaikan dan digantung di dalam bilik saya.

Ya ! Saya akan lakukan perkara sama. Rancangnya pertengahan tahun hadapan, tahun 2011. Ayuh, persiapkan diri !

Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna



Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT :UNITEN BANGI

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA


OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.


PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia


YURAN PENYERTAAN


Klasifikasi
Bayaran
Sasaran (orang)
Perseorangan
RM50
800
Wakil Organisasi
RM100
20
Suami dan Isteri
RM70
200
Pelajar
RM20
2000


TENTATIF PROGRAM


8.00 am – 8.40 am
Kehadiran peserta dan pendaftaran
8.40 am – 9.00 am
Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi
9:00am – 10:00am
Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
10:00am -10:20am
Rehat
10:20am -11:30am
Kertas Kerja I ”Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:30am- 11:40am
Tayangan Multimedia
11:40am -12:50pm
Kertas Kerja II”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia”oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40pm – 2:00pm
Solat dan Makan Tengahari
2:00pm – 3:10pm
Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
3:10pm – 4:00pm
Ucapan Penggulungan dan Resolusi

4:00pm
Majlis bersurai